Muhammad Sanusi Md Nor


Muhammad Sanusi Md Nor

SPMK, AMK (Kedah)
محمد سنوسي مد نور
Muhammad Sanusi pada 2022
Menteri Besar Kedah ke-14
Memegang jawatan
17 Mei 2020
SultanSultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Didahului oleh Mukhriz Mahathir
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Jeneri
Memegang jawatan
3 Julai 2018
Didahului oleh Mahadzir Abdul Hamid
Majoriti2,455 (2018)
16,050 (2023)
Pengerusi
Badan Perhubungan
Parti Perikatan Nasional
Negeri Kedah
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
4 Julai 2018 – 17 Mei 2020
Didahului oleh Amiruddin Hamzah
Digantikan oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi
Butiran peribadi
Lahir (1974-08-04) 4 Ogos 1974 (umur 49)[1]
Kampung Sungai Pauh, Sik, Kedah, Malaysia[2]
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Gagasan Sejahtera (GS)
(2018–2020)
Muafakat Nasional (MN)
(2019–2022)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
PasanganTok Puan Seri Hajah Jusmalailani Jusoh (k. 1999)
Anak-anak5
KediamanSeri Mentaloon, Alor Setar, Kedah[3]
Alma materUniversiti Sains Malaysia (BA)
PekerjaanAhli politik
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanMalaysia Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Laut Diraja Malaysia
Rejimen Askar Wataniah
Tahun perkhidmatan1995–1997[nota 1]
2021–kini[nota 2]
Pangkat Leftenan Muda
Laksamana Pertama[nota 3]
UnitPasukan Latihan Pegawai Simpanan

Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (Jawi: محمد سنوسي بن مد نور; Sebutan bahasa Melayu: [muhammad sanusi]; lahir 4 Ogos 1974[1]) ialah ahli politik Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 sejak Mei 2020 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) untuk Jeneri sejak Mei 2018. Beliau adalah Ketua Pembangkang negeri itu dari Julai 2018 sehingga runtuhnya pentadbiran negeri Pakatan Harapan yang dipimpin oleh pendahulunya Mukhriz Mahathir pada Mei 2020. Seorang ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya I parti itu di negeri Kedah.[4][5] Tempoh beliau sebagai Menteri Besar Kedah dicemarkan oleh beberapa kontroversi dalam isu politik, skandal, dakwaan aneh dan hubungan tegang dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain danmenjadi salah satu tokoh penting dalam "Gelombang Hijau" di Malaysia.

  1. ^ a b "Muhammad Sanusi pemimpin mesra, mudah didekati". Sinarharian. 17 Mei 2020.
  2. ^ "'Sebiji telur belah lapan'". Berita Harian. 31 Mei 2020.
  3. ^ "Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah". Bernama.
  4. ^ "Muhammad Sanusi dijangka angkat sumpah MB Kedah esok". 16 Mei 2020. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  5. ^ "Menteri Besar baharu Kedah angkat sumpah esok". 16 Mei 2020. Dicapai pada 17 Mei 2020.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne